Jenis jenis kikir
Pengelasan Kikir Kikir berbeza dari segi panjang, bentuk, jenis potongan gigi dan kasar atau halusnya gigi. Panjang Panjang sesuatu kikir diukur dari hujung hingga kebahunya. Panjang kikir ialah antara 100 mm hinggalah 400 mm dengan kadar tambahan 50 mm. Bentuk Kikir yang biasa digunakan berbentuk segiempat sama, segiempat tepat, segitiga tirus, bulat dan separuh bulat. Jenis Potongan Gigi Terdapat empat jenis potongan gigi kikir iaitu: a) Gigi selari b) Gigi bersilang c) Gigi lengkung d) Gigi parut 1. Gigi selari Gigi selari dipotong condong pada sudut 65 darjah hingga 85 darjah pada permukaan kikir. Kikir jenis ini biasanya digunakan untuk kerja-kerja penyudahan. 2. Gigi bersilang Gigi junam dipotong pada sudut 45 darjah manakala gigi do...