Jenis jenis kikir
Pengelasan Kikir
Kikir
berbeza dari segi panjang, bentuk, jenis potongan gigi dan kasar atau halusnya
gigi.
Panjang
Panjang
sesuatu kikir diukur dari hujung hingga kebahunya. Panjang kikir ialah antara 100 mm hinggalah 400 mm dengan kadar tambahan 50
mm.
|
Bentuk
Kikir
yang biasa digunakan berbentuk segiempat
sama, segiempat tepat, segitiga tirus, bulat dan separuh bulat.
Jenis Potongan Gigi
Terdapat
empat jenis potongan gigi kikir iaitu:
a) Gigi selari
b) Gigi bersilang
c) Gigi lengkung
d) Gigi parut
|
1. Gigi selari
Gigi
selari dipotong condong pada sudut 65 darjah hingga 85 darjah pada permukaan
kikir. Kikir jenis ini biasanya digunakan untuk kerja-kerja penyudahan.
2. Gigi bersilang
Gigi
junam dipotong pada sudut 45 darjah manakala gigi dongak dipotong pada sudut 70
darjah hingga 80 darjah. Kikir jenis ini digunakan untuk kerja-kerja am. Dengan
menggunakan kikir ini logam dapat dibuang dengan cepat.
3. Gigi lengkung
Kikir
jenis gigi lengkung digunakan untuk mengikir logam yang lembut seperti
aluminium dan kuperam (tembaga), kerana kerak-kerak bahan tersebut tidak mudah
melekat pada gigi kikir jenis ini.
4. Gigi parut
Kikir
jenis gigi parut digunakan untuk membuang bahan-bahan yang lembut dengan cepat.
Bahan-bahan yang
sangat lembut seperti timah dan kayu bolih dikikir dengan kikir jenis
ini. Bentuk gigi parut ini membolihkan bahan yang dipotong keluar dengan mudah.
Kasar atau Halusnya Gigi Kikir
Kasar atau halusnya gigi kikir bergantung pada berapa
rapatnya gigi-gigi tersebut dipotong pada permukaan kikir. Gred kehalusan gigi
kikir bolih dikelaskan seperti berikut:
a) Paling kasar
b) Kasar
c) Sederhana
d) Halus
e) Sangat halus
Banyaknya bilangan gigi untuk satu-satu gred kikir
bergantung pada panjangnya kikir. Jadual menunjukkan bilangan gigi pada kikir
yang dikira pada jarak 1 cm. Gigi kikir yang lebih halus dikelaskan mengikut
nombor iaitu 00, 0, 1, 2, 3 hinggalah 8. Nombor 8 menunjukkan gred yang paling halus.
|
Jenis-Jenis Kikir
Untuk
menghasilkan sesuatu kerja dengan tepat, cepat dan permukaan yang licin,
pemilihan kikir mestilah dibuat dengan betul. Kikir-kikir berikut biasanya
digunakan dalam bengkel-bengkel kejuruteraan:
1.
Kikir pipih tirus
2.
Kikir pipih kasar
3.
Kikir belah rotan
4. Kikir bulat
5. Kikir segiempat sama
6. Kikir segitiga
7. Kikir pipih nipis
8. Kikir bentuk pisau
1. Kikir pipih tirus
Kikir
pipih tirus digunakan dalam kerja-kerja am yang melibatkan berbagai-bagai jenis
kerja yang berlainan. Gigi kikir ini dikelaskan kepada
gred kasar, sederhana, halus, dan sangat halus. Pada satu permukaan kikir,
giginya dipotong bersilang intan dan terdapat gigi lurus pada kedua-dua belah
tepi. Dua pertiga panjangnya dari pangkal berbentuk selari dan satu pertiga
panjangnya kehujung berbentuk tirus.
|
2. Kikir pipih kasar
Kikir pipih kasar digunakan untuk kerja-kerja penyudahan rata. Salah satu
daripada tepi kikir tersebut tidak ada gigi dan tepi ini disebut tepi selamat. Gred kikir pipih kasar
terdiri daripada gred kasar hingga sangat halus.

3. Kikir belah rotan
Kikir belah rotan atau dipanggil juga
kikir separuh bulat digunakan untuk menyudahkan bahagian-bahagian yang telah
siap. Gigi pada permukaan yang rata berbentuk wajik dan gigi pada permukaan
yang melengkung berbentuk silang. Gigi kikir ini digredkan
kepada kasar, halus dan sangat halus.

4. Kikir bulat
Kikir bulat kadangkala disebut juga kikir ekor tikus. Gunanya ialah untuk
membesarkan lubang yang berbentuk bulat dan lubang yang melengkung. Gred kikir
ini terdiri daripada kasar hinggalah sangat halus. Giginya berbentuk lurus dan
bersilang.

6. Kikir segitiga
Kikir
segitiga digunakan untuk mengikir sudut-sudut dalam yang tajam. Ia juga
digunakan untuk membersihkan penjuru yang bersudut. Giginya bersilang dan
terdapat dalam gred kasar hingga sangat halus.
|
7. Kikir pipih nipis
Kikir
pipih nipis digunakan untuk mengikir celah-celah yang nipis seperti untuk
memotong celah-celah pada kunci. Kikir ini tirus pada
hujung tetapi tebalnya sama pada keseluruhan panjangnya. Kikir jenis ini cuma
terdapat dengan panjang yang terhad iaitu 100 mm, 150 mm dan 200 mm. Giginya bersilang dan
grednya dari kasar hingga sangat halus.

8. Kikir bentuk pisau
Kikir
bentuk pisau digunakan untuk menajamkan gigi-gigi yang terdapat pada gergaji
dan alat-alat pemotong. Bentuknya sama seperti pisau dengan bersudut 15 darjah.
Grednya pula daripada kasar hingga sangat halus.
|
Jenis Kikir Yang Lain
Selain kikir-kikir yang telah
dibincangkan, terdapat sejenis lagi kikir yang digunakan untuk kerja-kerja
khas. Kikir ini dinamakan kikir jarum. Kikir jarum biasanya terdapat dalam satu
set. Satu set mengandungi antara 4 hingga 12 jenis kikir. Kikir-kikir ini bolih
digunakan untuk kerja-kerja penyudahan selepas sesuatu bendakerja itu dimesin.
Kikir jenis ini digunakan olih tukang jam dan pembuat alat dan acuan. Grednya dikelaskan daripada 00, 0, 1, 2 hinggalah 6. Gred nombor 6 adalah
kikir yang paling halus. Kikir
jarum terdapat dalam tiga saiz iaitu 100 mm, 140 mm dan 160 mm.

Comments
Post a Comment